8 Februari 2014 - 20:30
Wartawan dihukum penjara

Seorang wartawan Arab Saudi dihukum penjara selama 12 tahun atas kesalahan mencemarkan nama kerajaan.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.co) - Gara-gara mengeluarkan kenyataan bahawa kerajaan Arab Saudi mencipta Al-Qaeda, seorang wartawan dihukum penjara selama 12 tahun atas kesalahan mencemarkan nama baik kerajaan.Dalam sebuah kenyataan yang dikeluarkan mahkamah jenayah di Riyadh, wartawan bernama Wajdi al-Ghazzawi didapati bersalah mengabaikan undang-undang dalam program televisyen dengan menghasut fitnah. Ianya dikatakan mencemarkan nama baik kerajaan dengan membuat kenyataan bahawa terrorisme serta al-Qaeda adalah ciptaan Arab Saudi.Mahkamah turut melarang Ghazzawi keluar dari Arab Saudi selama 20 tahun dan menyekat kemunculannya di media.Selain itu, wartawan malang tersebut juga dituduh menerima wang dari bekas presiden Libya, Muammad Gaddafi ketika terjadi insiden ketegangan antara Riyadh dan Ghaddafi.Hukuman dan tuduhan tersebut diputuskan mahkamah di bawah peruntukan undang-undang menangani terrorisme yang membenarkan Riyadh menghukum sesiapa sahaja atas alasan pengganas walaupun ia berjuang menuntut reformasi, mendedahkan korupsi atau menentang polisi kerajaan.Sejumlah besar aktivis, ulama, hakim dan wartawan meringkuk dalam penjara Arab Saudi setelah menyuarakan penentrangan terhadap dasar rejim tersebut.Badan hak asasi manusia sebelum ini berkali-kali mengajukan laporan dan rekod hitam kerajaan Arab Saudi yang menghukum wartawan dan menyekat kebebasan media.Kumpulan hak asasi manusia berkata, terdapat 40,000 tahanan politik di penjaran Arab Saudi yang mana kebanyakan daripada mereka ditahan tanpa melalui proses perbicaraan mahkamah.